Satu perasaan yang tak dapat digambarkan Rubiah Mohammad adalah apabila menjejakkan kaki buat pertama kali ke bumi Mahsuri.
28 tahun dia memendam hasrat, akhirnya tahun ini tiba rezeki untuk menghadiri Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA), yang selama ini hanya mampu disaksikannya menerusi laporan akhbar dan televisyen.
“Saya tiap-tiap tahun berangan, daripada muda sampailah ke tua, dari anak kecil sampai dah ada cucu dan sekarang sudah ada cicit satu,” katanya.
Sejak penganjuran sulung LIMA pada 1991, Rubiah sudah teringin untuk menyaksikan kehebatan pameran ketenteraan dan pertunjukan udara yang tidak pernah diadakan sebelumnya di negara ini.
Namun tak semua orang diberikan kesenangan untuk berjalan-jalan ke sana ke sini.
Kehidupannya di Johor Bahru sebagai seorang kerani ketika itu agak mencabar untuk membesarkan lapan orang anak bersama suaminya, seorang anggota tentera.
Tidak sampai hati untuk Rubiah menyampaikan hasratnya itu memandangkan pendapatan mereka cukup-cukup untuk anak-anak, maka ia terus dipendam. Tetapi ia tidak pernah hilang.
Hari ini, anak-anaknya sudah besar dan berjaya. Pada suatu hari, anak bongsunya yang kini menjadi peguam mencuit kembali impian lama ibunya dan mengajaknya ke LIMA tahun ini.
Dia dan suami bersama tiga orang anaknya terbang dari Senai pada Khamis untuk tiba di Langkawi sehari sebelum pameran dibuka kepada khalayak umum pada 29 dan 30 Mac.
“Pukul 8 pagi kami dah keluar dari tempat penginapan. Jalan sesak teruk, dah sampai kena beratur panjang pula. Nasib baik sempat masuk pukul 10 masa pertunjukan udara bermula,” ceritanya.
Setibanya di tarmac Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), segalanya seakan mimpi buat Rubiah.
Pada usia 74 tahun, akhirnya dia dapat menyaksikan sendiri pesawat-pesawat besar dan mendengar dentuman enjin jet yang mempamer aksi akrobatik di udara dengan mata dan telinganya sendiri.
Dia cukup teruja, adakalanya tanpa sedar dilambai pada pesawat yang sedang meluncur laju membelah langit Langkawi. Hari itu dia sangat bahagia.
“Betul orang cakap, tengok depan-depan tak sama dengan tengok di televisyen.
“Insya-Allah, kalau panjang umur, saya akan datang lagi,” katanya sambil tersenyum.
Israr Khalid
Sat Mar 30 2019
Kunjungan ke LIMA 2019 menjadi 'hadiah' paling istimewa buat Rubiah. - Astro AWANI
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selepas 28 tahun, sampai juga hajat untuk ke LIMA
Akhirnya tiba rezeki Rubiah Mohammad, 74, untuk berkunjung ke LIMA tahun ini selepas menyimpan hajat sejak penganjuran sulungnya pada 1991.